Wednesday, 29 April 2015


Suasana belajar di Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik sungguh ceria dan gembira. Murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik, lebih -lebih lagi apabila mereka dalam sekelas sangat rapat seperti adik -beradik. Jika ada masalah mereka akan bertanya antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pusat Tuisyen merupakan kelas yang mereka perlu hadir pada hujung minggu iatu pada hari jumaat dan sabtu. Kelas tersebut pada setiap petang jam 5 petang hingga 7 petang. Mereka semua selesa belajar di sini kerana tempat belajar di sini adalah baik dan ruang sangat luas. Kebanyakkan anak nelayan seperti mereka semua banyak habiskan masa untuk buat kerja sekolah dan study di sini kerana faktor di rumah mereka yang tidak selesa. Semoga adik-adik ini berjaya suatu hari nanti walaupun menghadapi dugaan yang sangat besar di usia muda ini.

Tuesday, 28 April 2015

Keindahan dan Ketenangan Pantai Kg Baru Penarik.

Keindahan alam ciptaan Allah S.W.T, perlu dijaga dan di hargai sebagai mensyukuri nikmat yang diberi Olehnya. Melihat keindahan ciptahan Ilahi sebagai penawar untuk menghilang rasa tekanan dan gelisah. Pemandangan di Kg Baru Penarik sungguh indah dan menarik bagi mereka yang inginkan ketenangan di kawasan pantai.

Sunday, 26 April 2015

Mengenangkan nasib kehidupan



Salah seorang murid Kg Baru Penarik merenung jauh ke laut, bagi mengenang nasib yang bakal di laluinya untuk meningkat dewasa. Pekerjaan utama ayahnya adalah seorang nelayan, kais pagi makan, kais petang makan petang. Dia berfikir untuk mengubah nasib keluarganya sampai bila ingin berada dalam situasi sebegini. Dia tidak boleh toleh ke belakang lagi dan terus mara kehadapan untuk mengubah nasib keluarganya. Ilmu pelajaran adalah sangat penting bagi mengubah situasi kehidupan keluarganya. Kemiskinan bukan penghalang murid ini untuk berjaya seperti orang lain di luar sana. Masing-masing boleh berjaya asalkan mempunyai sikap berusaha dan tawakal kepada Allah S.W.T. Bagi murid ini, cita-citanya ingin menjadi seorang designer. Bakatnya sudah terbukti melalui hasil dilukisan yang sangat menarik serta cantik malah mendapat pujian dari guru di sekolah. Tidak hairanlah suatu hari nanti, lahirlah seorang designer yang berjaya dari sebuah keluarga nelayan yang miskin. Good luck, kejayaan itu boleh dimiliki oleh semua orang

Saturday, 25 April 2015

Surau Kg Baru Penarik



Pantai Kg Baru Penarik

Pekerjaan utama penduduk Kg Baru Penarik adalah nelayan. Pendapatan mereka bergantung jumlah tangkapan yang di bawa pulang dari laut. Sekiranya hasil tangkapan banyak, dapatlah mereka buat simpanan serta belanja seharian tetapi hasil tangkapan kurang hanyalah untuk belanja harian sahaja. Ibarat Kais pagi makan  pagi, Kais petang makan petang. Bagi anak-anak nelayan mereka harus sedar dan kuat semangat untuk ubah kehidupan dan belajar dengan bersungguh-sungguh  untuk menjadi anak yang berjaya.
Pantai Kg Baru Penarik






Thursday, 23 April 2015

Usaha Kunci Kejayaan, Malas Kunci Kegagalan



Setiap orang inginkan kejayaan dan kejayaan tidak bergolek didepan mata. Oleh sebab itu, ingin berjaya haruslah berusaha dengan bersungguh dan diiringi dengan doa

Sunday, 19 April 2015

Kami seronok belajar di Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik. Selain Ilmu yang kami dapat, kami juga dapat ramai kawan ibarat sebuah keluarga.

Friday, 17 April 2015

Salam Hari Jumaat

Assalamualaikum W.B.T.

Salam pagi jumaat di ucapkan seluruh warga dunia daripada Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik