Wajah - wajah kanak-kanak Kg Baru Penarik, Setiu Terengganu.
Kanak-kanak di Kg Baru Penarik adalah periang, mudah mesra dan pandai buat lawak. Mereka semua terdiri daripada keluarga yang sederhana dan ada juga dari keluarga miskin. Walaupun mereka semua daripada keluarga yang tidak senang, mereka menjalani kehidupan harian seperti biasa. Antaranya, pergi ke sekolah, bermain pada setiap petang, bersiar-siar di waktu lapang. Sebahagian kanak-kanak di Kg Baru Penarik sangat mahir dalam berenang. Ini kerana hobi mereka suka mandi-manda laut dan sungai. Semoga suatu hari nanti akan lahir perenang negara dari penduduk Kg Baru Penarik, Insyallah. Mereka juga suka sangat bergambar, pelbagai gaya ditunjukkan oleh mereka. Di lampirkan beberapa keping gambar menunjukkan mereka suka sangat bergambar. Dalam menjalani kehidupan harian seperti kanak-kanak lain, mereka semua ini juga ingin berjaya dalam kehidupan. Sama-sama kita doakan semoga mereka berajaya dewasa kelak.
 |
Suasana petang
|
No comments:
Post a Comment