Sejarah
Sejarah tertubuh Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik hasil tercetusnya idea daripada bekas Pelajar MCKK Kuala Kangsar. Mereka pada mulanya datang ke Baru Penarik hanyalah ingin bercuti, tenangkan fikiran ada juga memancing. Mereka mengatakan Pantai Kg Baru Penarik adalah cantik, bersih dan tenang. Kesan daripada mereka selalu datang bercuti ke Kg Baru Penarik, menyebabkan mereka sangat rapat dengan penduduk Kg Baru Penarik, ibarat macam sebuah keluarga. Dalam masa yang sama atas keperihatinan bekas pelajar MCKK dalam membantu anak -anak nelayan kg Baru Penarik berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka berganding bahu dan bekerjasama sesama mereka menubuhkan Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik. Tujuan utama penubuhan Pusat Tuisyen adalah untuk membantu anak-anak nelayan mendapat pendidikan secara percuma dan sempurna. Agak sukar sekiranya penduduk kg Baru Penarik ingin menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Ini kerana mereka tidak mampu. Oleh sebab itu Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik ditubuhkan untuk meringinkan bebanan penduduk Kg Baru Penarik. Bangunan asal Pusat Tuisyen Kg Baru Penarik adalah sebuah rumah Kg yang sudah usang. Rumah tersebut disewa bulanan dan dijadikan Pusat Tuisyen selama 2 tahun.Akibat terlalu usang rumah tersebut dan berkemungkinan suatu hari nanti roboh, Sekali lagi bekas pelajar MCKK dengan baik hati menghadiahkan sebuah bangunan baru yang penuh dengan kemudahan serta teknologi yang canggih. Tujuan adalah suapaya anak -anak nelayan dapat belajar dengan sepumpurna. Jutaan terima kasih diucapkan kepada bekas Pelajar MCC Kuala Kangsar yang sudi membantu anak-anak nelayan. Semoga jasa kalian mendapat balasan yang berganda serta setimpal dari Allah S.W.T
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment