Friends- Make you laugh..comfort you...play with you...help you... believe in you. Dalam keseronokan kejarlah impian yang boleh menjamin hadapan. #kgbharupenarik
Sunday, 26 July 2015
Friday, 24 July 2015
Saturday, 18 July 2015
Menjelang Aidilfitri 2015
Sebelum Menjelang aidilfitri tahun ini, seluruh rakyat jelata kg baru penarik berkumpul beramai-ramai berbuka puasa bersama anak -anak perantaun Kg Baru Penarik yang pulang ke Kampung bagi meraikan kepulangan mereka semua. Suasana begitu indah dan ceria. Dalam masa yang sama ada permainan bunga api dan mercun membuatkan majlis tersebut sangat meriah. Alhmdulilah semua merasai kenikmatan sebegini.
1 Syawal 1436H 17.7.2015
Syukur Alhamdulilah setelah sebulan berpuasa dengan mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya umat Islam dapat menyambut 1 syawal dengan penuh meriah sebagai tanda kemenangan. Tidak ketinggalan penduduk Kg Baru Penarik, menyambut 1 syawal dengan penuh syukur, gembira dan ceria dengan mengunjugi rumah sanak saudara untuk bermaaf-maafan, pelbagai kuih muih yang dihidangkan setiap rumah untuk dijamu kepada tetamu yang datang, kedengaran gelak tawa kanak-kanak kerana dapat makan kuih raya dan duit raya, bergambar beramai-ramai bersama keluarga serta kawan-kawan, bergurau senda dan banyak lagi. Suasana sebegini begitu manis dan berkekalan untuk tahun seterusnya. Insyaallah. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Penduduk Kg Baru Penarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)