Saturday, 18 July 2015

1 Syawal 1436H 17.7.2015

Syukur Alhamdulilah setelah sebulan berpuasa dengan mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya umat Islam dapat menyambut 1 syawal dengan penuh meriah sebagai tanda kemenangan. Tidak ketinggalan penduduk Kg Baru Penarik, menyambut 1 syawal dengan penuh syukur, gembira dan ceria dengan mengunjugi rumah sanak saudara untuk bermaaf-maafan, pelbagai kuih muih yang dihidangkan setiap rumah untuk dijamu kepada tetamu yang datang, kedengaran gelak tawa kanak-kanak kerana dapat makan kuih raya dan duit raya, bergambar beramai-ramai bersama keluarga serta kawan-kawan, bergurau senda dan banyak lagi. Suasana sebegini begitu manis dan berkekalan untuk tahun seterusnya. Insyaallah. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Penduduk Kg Baru Penarik.


































No comments:

Post a Comment